Friday, July 19, 2019

Tips diet kesihatan dan diet kenyang

Siapa yang tidak mahu sihat dan cantik kan? Disini saya kongsikan tips diet kesihatan / diet kenyang oleh Dr. Zubaidi Hj. Ahmad. Nak kurus dan untuk kurangkan penyakit.

Sedikit Tips:

1) Nak kenyang, time makan nasi - makan sayuran dulu
2) Makan sampai kenyang. Nisbah nasi : sayur (1:2)
3) Lepas 7pm, stop makan minum air sahaja. Amal 40 hari, InsyaAllah sihat
4) Bangun 5am - minum air, madu dan minyak zaiton
5) 1.30 to 2pm - lunch, sayuran banyak
6) Sakit lutut, tekanan darah kena banyak berjalan
7) Bahaya 3 in 1 - gula, kalori tinggi (itu sebab Dr keep beri ubat kolestrol dan kencing manis)
8) Minyak zaiton sehari sekali, kulit cantik flawless!
9) Peraturan di rumah Dr - Tiada air manis dalam peti ais
10) Kurangkan TIGA benda putih - Gula, nasi dan tepung

Kesimpulan:

Pemakanan bernutrisi
Tidur yang cukup 6-8 jam
Riadah ringan
Air kosong 1.5-2.0L
MINDA yang positif

Sejarah IKEA


IKEA hari ini mencapai berjuta-juta hati dan rumah di seluruh dunia tetapi setiap kisah kejayaan perlu bermula di satu tempat. Adakah anda tahu bahawa IKEA pernah menjadi syarikat kecil di Älmhult, sebuah kampung Sweden yang kecil di desa, menjual melalui katalog pesanan mel? Dan adakah anda tahu bahawa ibu pejabat IKEA untuk reka bentuk masih terletak di sana.
Asal usul kami
Ingvar Kamprad telah mengasaskan IKEA pada tahun 1943 semasa berusia 17 tahun, menjual barangan seperti pen, dompet dan bingkai gambar. Småland, landskap tempat Ingvar membesar, dulu berbatu-batu dan berceranggah. Ketika itu, kebanyakan penduduk hidup dalam kemiskinan, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Disebabkan perkara ini, penduduk Småland dikatakan berjimat cermat dan inovatif, dengan pendekatan “yang bersungguh-sungguh” untuk mencari penyelesaian masalah setiap hari. Warisan ini adalah satu penjelasan kepada cara IKEA melakukan sesuatu perkara dan kejayaan kami.
Perkembangan logo IKEA logo selama bertahun-tahun:
Tahukah anda?
IKEA dinamakan sempena para pengasasnya 
Ingvar Kamprad Elmtaryd, ladang tempat dia membesar dan Agunnaryd, kampung berdekatan.
Katalog IKEA
Oleh kerana Älmhult, bandar tempat IKEA telah diasaskan, berada di kawasan pedalaman Sweden, sukar baginya untuk mencapai pelanggan yang berpotensi di bandar yang lebih besar. Disebabkan perkara ini, katalog IKEA telah dilahirkan pada tahun 1951 dan Ingvar telah memutuskan bahawa IKEA patut menjual perabot yang baik pada harga yang rendah.
Ruang pameran IKEA yang pertama
Ruang pameran IKEA yang pertama
Harga dalam katalog IKEA yang pertama sangat rendah sehingga menyebabkan orang pada mulanya ragu-ragu tentang kualiti produk, jadi Ingvar memutuskan untuk mengubah bengkel lama di Älmhult menjadi ruang pameran di mana orang boleh melihat dan mencuba produk sebelum membuat pesanan.

20 Tip Dan Etika ‘Wajib’ Anda Amalkan Ketika Menaiki Penerbangan


Pasti anda pernah mendengar jika kita mudahkan urusan orang lain, pasti urusan kita akan dipermudahkan. Seorang cabin crew telah berkongsi tips untuk anda lakukan dan tidak perlu lakukan apabila ingin naik flight.

Berikut adalah tips yang boleh anda amalkan:
1. Jika anda tahu anda akan fly from point A to Point B, cetak semua travel itinerary. Kalau berlaku sebarang masalah mengenai tempat duduk, insurans penerbangan dan lain-lain, anda boleh tunjuk dokumen tersebut kepada ground staff.
2. Pastikan anda datang awal ke airport untuk document check, sebab negara tertentu seperti Filipina, jika anda tiada return tiket, anda tidak boleh board the aircraft sebab ia adalah rules & regulations daripada pihak berkuasa Filipina.
3. Pastikan anda makan sedikit sebelum penerbangan, kerana bila fly, perut anda akan bloated dan anda akan rasa seperti masuk angin. Kemudian, anda akan muntah dan rasa sakit kepala.
4. Sila bawa toileteries jika penerbangan lebih 3 jam untuk mengekalkan kesegaran dan kebersihan diri. Jika tidak mahu gosok gigi, kunyahlah chewing gum agar mulut tidak berbau.
5. Apabila boarding, jika beg anda banyak, setelah sampai tempat duduk, duduk dahulu di tempat duduk dan beri penumpang di belakang untuk ke tempat duduk mereka.
6. Setelah settle down dan duduk, pasti anda akan menggunakan handphone anda. Tetapi adalah diingatkan untuk perhatikan seatbelt sign. Jika seatbelt signditutup, bermaksud kapal terbang dalam proses mengisi minyak, dan anda haruslah menutup telefon anda.
7. Tolong sentiasa bertenang dan duduk di tempat yang telah ditetapkan. Tiada beza jika duduk di sebelah tingkap atau tidak, masih menuju ke destinasi yang sama.
8. Ketika take off, mereka akan walk around the cabin to ensure everything is in orderBag is stowed, no bag blocking the aisle. All passengers are seated with seatbelt fastened. Tidak perlu pada masa itu anda ingin pilih lagu di Spotify dan sebagainya. Lakukan selepas take off.
9. Masa hendak take off, ramai yang akan letak headset/airpods/earphone. Pada waktu ini, anda kena berhenti guna dahulu, sebab semasa take off & landing, waktu ini waktu crucial, takut nanti bila emergency happens, orang lain sudah keluar kapal, anda masih duduk kat seat layan lagu “Cik Mek Molek”.
10. Kemudian, aircraft pun fly. Anda gembira lihat kereta atas darat yang tidak ubah seperti permainan lego. Waktu ini baru lah boleh anda lihat iPad, smartphone dan sebagainya. Crew akan datang bagi landing form kepada anda (international fly) jadi pastikan anda ada pen sendiri.
11. It’s Makan time! Pasti ketika ini anda teruja kerana nak makan nasi lemak dalam pesawat. Masa ini, please tegakkan tempat duduk anda, be consideratedengan orang belakang anda. Kesian mereka nak makan pun terpaksa pendekkan leher masing-masing. If only you get what i mean.
12. Apabila sudah habis makan, letak di atas meja hadapan dan berikan kepada crew. Janganlah letak atas lantai. Mana-mana crew serve anda nak ambil nanti.



13. Pastinya selepas makan, ramai yang akan ke tandas. Tolong lap sink selepas guna untuk penumpang lain. Jika rasa toilet sudah berbau, minta tolong krew untuk spray. Mereka tahu apa yang mereka perlu lakukan.
14. Tidak perlu ‘poke’ krew untuk minta sesuatu, hanya cakap ‘excuse me’ dan pasti krew akan membantu.
15. Ketika waktu turbulence, krew akan buat pengumuman, anda haruslah duduk di tempat duduk sahaja kerana cuaca tidak dapat diramal.
16. Untuk Muslim, jika mahu solat dalam kapal (perjalanan jauh), jangan segan silu untuk bertanya krew waktu solat. Captain sendiri akan buat perkiraan waktu solat, dan anda haruslah bertayamum.
17. Anda digalakkan untuk freshen up yourself 2 jam sebelum waktu mendarat.
18. Apabila sudah mahu mendarat, sama routine macam ketika take off tadi. Strictly no phone,earpod, headphone dan lain-lain. Sampailah kapal park at parking bay and the seatbelt sign above you turns off.
19. Lastly anda akan dengar “Cabin crew disarm all doors and cross check.” masa ini anda sudah boleh berdiri dan take your belongings. Lagi sekali, jangan kelam kabut sangat. Tidak ada benda mahu dikejarkan. They will wait until last passenger disembarks.
20. Apabila mahu keluar kapal terbang, senyum dan ucapkan terima kasih. Ia bukanlah paksaan tetapi basic courtesy.
Selamat pergi dan pulang ke destinasi anda!

Perlu ke 'scaling' gigi?


PERLU KE CUCI GIGI (SCALING)?
Selain daripada berus gigi yg memang disunnahkan dan dituntut oleh agama Islam, ada lagi 1 cara penjagaan gigi yg perlu untuk memastikan gigi dan gusi sentiasa sihat.
Namanya "SCALING" atau dlm bahasa melayunya adalah penskaleran.
Perlu ke buat scaling?
Kebanyakan masa walaupun kita kerap berus gigi, karang-karang gigi tetap akan terbentuk. Mengapa ye?
Ini adalah kerana di dalam air liur kita terdapat kandungan mineral pada tahap yang berbeza bagi setiap individu. Anda mungkin ada lebih mineral dalam air liur berbanding kawan anda. Mineral ini akan mendap pada permukaan gigi pada masa kita rehat (biasanya masa tidur). Sekiranya ada plak makanan pada permukaan gigi, mineral boleh menyebabkan plak makanan tersebut menjadi keras dan membentuk karang gigi.
Apa keburukan karang gigi?
Ada beberapa keburukan karang gigi kalau dibiarkan tebal di permukaan gigi. Antaranya:
1. Sarang pembiakan kuman.
2. Menolak gusi dan tulang penyokong gigi turun daripada aras asal dan gigi nampak mcm panjang.
3. Bila aras gusi dan tulang penyokong gigi rendah maka gigi akan bergoyang.
4. Punca gusi senang bengkak dan berdarah kerana radang.
5. Mulut berbau.
6. Dan lain2.
Apa perlu saya buat?
Dapatkan pemeriksaan gigi berkala dan doktor yang memeriksa anda akan menentukan adakah perlu dilakukan scaling atau tidak.

INSTEP Visit







On 16/7/19, I have a chance to visit Institut Teknologi Petroleum PETRONAS  (INSTEP) at Kuala Nerus, Terengganu. The visit was also attended by Human Capital Manager, Operation Advisor and Subject Matter Expert. This visit is to verify and access INSTEP capability in providing a competency assessment and training ground for our company workforce. INSTEP is a state-of-the-art technical training institute owned by PETRONAS Technical Training Sdn Bhd (PTTSB). Established in 1981, INSTEP was set-up with the aim to accelerate human capital development to support the growth of PETRONAS as well as Malaysia’s oil & gas industry. Currently, the training institute also serves international clients from more than 15 countries as part of its aspiration to be "A Leading Partner of Choice in Oil and Gas Technical Learning and Certification".

In summary, INSTEP’s 200 Acres training institute area is equipped with major facilities required to train any discipline in Oil and gas Industry from upstream to downstream. The main facilities overviewed and points of interest discussed during the missions are depicted here under:

1.  Very spacious control room.

2. There are two process trains with separations, TEG and water treatment equipment. The facilities are designed at 12 barg and operated with friendly safe fluid such as mineral oil, water, air and nitrogen.

3.  Wellhead and pigging facilities.

4.  Onshore drilling rig with all draw works to operate and drill shallow well.

5.   Exploration and production workshop equipped with:

a.  Three typical X trees and one subsea completion Wellhead. Section of a brand new X tree was cut to view all moving parts and hidden component required for well integrity assurance.  

b.  Several downhole equipment such as permanent and retrievable packers, Tubing and wire line SCSSV, gas left mandrels and perforating guns.

c.   Different types of cores.

d. Pigging and HP separator and dedicated control panels for special training and certification of technicians on Pigging operations.

6.  Operation training simulator.

7.  Electrical workshop, control panel and equipment for HV and LV certification from 33 KV to 415 V. 

8. Mechanical workshop with all types of rotating machinery such as Solar Saturn Gas turbines , Diesel engine, compressor rotors , motors and all types of valves , slings and shackles.

9. Instrument and control workshop with dedicated area for metering systems, F&G systems calibration.

10.  NDT, Scaffolding and fabrication yards.

11.  Overviewed the Staff accommodation with very high standard and they have options for single and two bed rooms.

12.  INSTEP advised that, a fresh graduate needs some 12 months to be certified as a Competent Employee to take over the post.

13.  For mature and well experienced candidates, the base line assessment and gap eliminations will vary from few days to few weeks. However the gaps can be eliminated at the facilities, yard or by self-training at home and not necessarily at INSTEP premises.

14.  INSTEP advised that they can do the base line assessment at MP KL office or at their own offices.

15.  The assessment and verification process is assured and audited by BTECH. 

16.  The most interesting part was the capability of the INSTEP Competency Assurance team to respond and demonstrate their collaboration to work together to achieve the objective in a win-win approach.

In conclusion, INSTEP have the facilities and skilful staff to assess and verify our workforce as per the requirement.

Cara Untuk Mencegah Denggi



Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut.
Elakkan gigitan nyamuk dengan:

·         Gunakan ubat nyamuk.

·         Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
·         Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00 malam).
·         Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
·         Pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.




Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:

·     Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.

·         Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.




Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera ke hospital/klinik jika:

·         Muntah berlarutan/berpanjangan.

·         Sakit perut.

·         Kurang bermaya/sawan.

·         Sesak nafas.

·         Pucat/sejuk pada tangan dan kaki.

·         Pendarahan: daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada kulit.

Cara Pengambilan Wudhu


Sebelum anda menunaikan solat, hendaklah anda mengambil wudhu terlebih dahulu. Berwudhu adalah salah satu perkara yang amat penting yang perlu dilakukan kerana tanpa wudhu, solat anda adalah tidak sah. Maka, di sini saya nak kongsikan sedikit cara ambil wudhu dengan betul.
Fardhu atau rukun wudhu pula mempunyai 6 perkara yang perlu diketahui; iaitu:
  1. Berniat untuk mengambil wudhu.
  2. Membasuh muka dengan meratakan air dari tempat tumbuh rambut kepala hingga kedua-dua tulang dagu dan antara cuping telinga dan anak telinga kiri.
  3. Membasuh dua tangan serta dua siku.
  4. Sapu sebahagian daripada kepala.
  5. Membasuh kedua-dua kaki seta kedua-dua buku lalli.
  6. Tertib.

Ini pula cara-cara untuk mengambil wudhu mengikut urutan yang tertib. Di sini saya sertakan sekali antara perkara sunat wudhu yang patut dilakukan.
  1. Niat di dalam hati untuk melakukan wudhu.
  2. Membaca Bismillah sambil mencuci kedua belah tangan sampai ke pergelangan tangan.
  3. Berkumur-kumur sebanyak tiga kali.
  4. Memasukkan air ke lubang hidung dan mengeluarkannya sebanyak tiga kali.
  5. Membasuh muka sebanyak tiga kali dari tempat tumbuh rambut kepala hingga ke bawah dagu dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri.
  6. Basuh tangan hingga ke siku sebanyak tiga kali.
  7. Disunnahkan untuk menyapu ke seluruh kepala. Mulakan dengan membasahi kedua tangan dan letakkan kedua telapak tangan di atas rambut bahagian depan, sapukan kedua telapak tangan sehingga ke bahagian belakang kepala dan tarik kembali sehingga sampai ke mula menyapu tadi. Memadai menyapu satu kali tetapi dibolehkan sehingga tiga kali.
  8. Menyapu dengan air ke telinga dan diulangi sebanyak tiga kali.
  9. Membasuh kedua kaki sehingga ke buku lali dan dilakukan sebanyak tiga kali.
  10. Membaca doa berwudhu.
Semoga informasi di atas bermanfaat dan sama-sama kite mengamalkannya.
 


4 Tahap Mendidik Anak Cara Rasulullah S.A.W

"4 orang cahaya mataku"

Mendidik anak memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dan seorang ‘role-model’ untuk diteladani. Bagi umat Islam, contoh teladan yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama ensiklopedia sebagai penyuluh buat segenap manusia. Apa yang terbaik adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah sekian lama diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. 

Berikut adalah 4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah :

1)   Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

2)   Umur anak-anak 7-14 tahun.  Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai disiplin dan tangungjawab kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam. Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.

3)   Umur anak-anak 15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan berkawan dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.

4)   Umur anak 21 tahun dan ke atas. Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh kepercayaan kepada anak-anak dengan memberi kebebasan dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. 

Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan. Selamat beramal.


Dapo Liza


"Dapo Liza" hasil dari idea Pn. Norsaliza Mokhtar berkonsepkan mini katering yang dijalankan secara  kecilan atas talian melalui media sosial. Berkat usaha beliau kini laman Instagram "Dapo Liza" sudah memiliki lebih dari 4.3k pengikut. Kesemua tempahan boleh dibuat melalui aplikasi Whatsapp. Mini katering dari Dapo Liza ini menyasarkan kepada tempahan berskala kecil disekitar lembah klang (Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur) untuk majlis seperti;
  • Sambutan Akikah
  • Sambutan Hari Lahir
  • Majlis makan-makan syarikat
  • Tempahan makanan set pantang ibu yang lepas bersalin
  • Tempahan makanan set "breakfirst", "lunch" dan "dinner"
Diantara menu-menu yang disediakan oleh pihak Dapo Liza adalah seperti berikut;
  • Set nasi berlauk untuk "lunch" dan "dinner"
  • Cream puff, cupcake dan brownise
  • Set "breakfirst" (nasi lemak / mee goreng dll)
  • Set kuih-muih
  • Set ibu berpantang
  • Set sambal belimbing pahang






Sebarang tempahan bolehla berhubung terus dengan Pn. Norsaliza di talian 019-2621017.