Friday, July 19, 2019

Perlu ke 'scaling' gigi?


PERLU KE CUCI GIGI (SCALING)?
Selain daripada berus gigi yg memang disunnahkan dan dituntut oleh agama Islam, ada lagi 1 cara penjagaan gigi yg perlu untuk memastikan gigi dan gusi sentiasa sihat.
Namanya "SCALING" atau dlm bahasa melayunya adalah penskaleran.
Perlu ke buat scaling?
Kebanyakan masa walaupun kita kerap berus gigi, karang-karang gigi tetap akan terbentuk. Mengapa ye?
Ini adalah kerana di dalam air liur kita terdapat kandungan mineral pada tahap yang berbeza bagi setiap individu. Anda mungkin ada lebih mineral dalam air liur berbanding kawan anda. Mineral ini akan mendap pada permukaan gigi pada masa kita rehat (biasanya masa tidur). Sekiranya ada plak makanan pada permukaan gigi, mineral boleh menyebabkan plak makanan tersebut menjadi keras dan membentuk karang gigi.
Apa keburukan karang gigi?
Ada beberapa keburukan karang gigi kalau dibiarkan tebal di permukaan gigi. Antaranya:
1. Sarang pembiakan kuman.
2. Menolak gusi dan tulang penyokong gigi turun daripada aras asal dan gigi nampak mcm panjang.
3. Bila aras gusi dan tulang penyokong gigi rendah maka gigi akan bergoyang.
4. Punca gusi senang bengkak dan berdarah kerana radang.
5. Mulut berbau.
6. Dan lain2.
Apa perlu saya buat?
Dapatkan pemeriksaan gigi berkala dan doktor yang memeriksa anda akan menentukan adakah perlu dilakukan scaling atau tidak.

No comments:

Post a Comment