Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati
demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk
menghasilkan vaksin tersebut.
Elakkan
gigitan nyamuk dengan:
·
Gunakan
ubat nyamuk.
·
Gunakan
kelambu semasa tidur. Gunakan 'repellent' jika perlu.
·
Elakkan
aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit (5.30 pagi-8.00 pagi dan 5.30 petang-8.00
malam).
·
Pakai
pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah.
·
Pasang
jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.
Menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk:
· Menghapuskan
tempat pembiakan nyamuk di sekeliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh
menakung air hujan atau lebihan air, terutamanya di besen, tayar lama, bekas
bunga, bekas plastik dan tong. Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan
pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut.
·
Kerap tukar air di bekas minuman haiwan peliharaan.
Jika anak anda disyaki mengalami sakit denggi dan
dipantau sebagai pesakit luar (tidak dimasukkan ke wad), bawa anak anda segera
ke hospital/klinik jika:
·
Muntah
berlarutan/berpanjangan.
·
Sakit
perut.
·
Kurang
bermaya/sawan.
·
Sesak
nafas.
·
Pucat/sejuk
pada tangan dan kaki.
·
Pendarahan:
daripada gusi/hidung, muntah darah, najis berdarah dan tanda-tanda merah pada
kulit.
No comments:
Post a Comment