IKEA hari
ini mencapai berjuta-juta hati dan rumah di seluruh dunia tetapi setiap kisah
kejayaan perlu bermula di satu tempat. Adakah anda tahu bahawa IKEA pernah
menjadi syarikat kecil di Älmhult, sebuah kampung Sweden yang kecil di desa,
menjual melalui katalog pesanan mel? Dan adakah anda tahu bahawa ibu pejabat
IKEA untuk reka bentuk masih terletak di sana.
Asal usul
kami
Ingvar
Kamprad telah mengasaskan IKEA pada tahun 1943 semasa berusia 17 tahun, menjual
barangan seperti pen, dompet dan bingkai gambar. Småland, landskap tempat
Ingvar membesar, dulu berbatu-batu dan berceranggah. Ketika itu, kebanyakan
penduduk hidup dalam kemiskinan, kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang. Disebabkan perkara ini, penduduk Småland dikatakan berjimat cermat dan inovatif,
dengan pendekatan “yang bersungguh-sungguh” untuk mencari penyelesaian masalah
setiap hari. Warisan ini adalah satu penjelasan kepada cara IKEA melakukan
sesuatu perkara dan kejayaan kami.
Perkembangan
logo IKEA logo selama bertahun-tahun:
Tahukah
anda?
IKEA
dinamakan sempena para pengasasnya
Ingvar Kamprad Elmtaryd,
ladang tempat dia membesar dan Agunnaryd, kampung berdekatan.
Katalog
IKEA
Oleh
kerana Älmhult, bandar tempat IKEA telah diasaskan, berada di kawasan pedalaman
Sweden, sukar baginya untuk mencapai pelanggan yang berpotensi di bandar yang
lebih besar. Disebabkan perkara ini, katalog IKEA telah dilahirkan pada tahun
1951 dan Ingvar telah memutuskan bahawa IKEA patut menjual perabot yang baik
pada harga yang rendah.
No comments:
Post a Comment