Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah,
Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi di Asia
Tenggara yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Dari segi
persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan yang tertinggi di Asia
Tenggara. Gunung Kinabalu merupakan
lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah.
Pada bulan Mei tahun 2011, aku dan rakan-rakan sempat meluangkan masa menjelajah gunung Kinabalu. Pengalaman yang tidak boleh kulupakan dengan pemandangan yang indah kekuasaan yang Maha Esa. Bertolak sesudah jam 7 pagi, aku dan rakan-rakan memulakan pendakian ini selama 4 jam. Selepas itu kami tiba di Laban Rata tempat dimana pendaki-pendaki merehatkan diri sambil menjamah selera dan membersihkan diri.
|
Bergambar sebelum memulakan perjalanan |
|
Bismillah |
|
Di pertengahan |
|
Menjamu selera di Laban Rata |
|
Kesejukan di Laban Rata |
|
bersedia kepuncak |
Keesokan harinya jam 4 pagi kami
menyambung pendakian untuk ke puncak gunung Kinabalu. Dengan cuaca yang sejuk
dingin hari serta minda dan fizikal yang keletihan sesungguhnya pendakian ke
puncak amat mencabar. Ada yang tewas dan ada yang berjaya. Alhamdullilah kami
selamat tiba dipuncak pada waktu subuh sebelum terbitnya sinar pagi. Pemandangan
yang tidak dapat diungkapkan. Indahnya ciptaan Allah. Jika diizinkan ingin aku kembali kesana. InsyaAllah.
|
bergerak dalam barisan |
|
menghampiri ke puncak |
|
Berjaya ke Puncak |
No comments:
Post a Comment