Stres
atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh
seseorang apabila tuntutan tidak dapat dipenuhi.
Stres
boleh juga dialami bila berdepan dengan rangsangan yang tidak menyenangkan
seperti bau yang busuk, bunyi yang kuat dan kata-kata yang kesat.
Sesiapa
sahaja sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas boleh mengalami stres.
Umumnya
tahap stres yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan
yang dihadapi.
Stres
yang sedikit atau sederhana adalah baik dan boleh menjadi faktor pendorong atau
motivasi kepada individu untuk meningkatkan produktiviti.
Walau
bagaimanapun, stres yang berlebihan, untuk jangka masa panjang dan tidak dapat
ditangani akan menyebabkan kesan negatif, dan memudaratkan kesihatan serta
meningkatkan risiko terhadap penyakit.
Sebenarnya
ada berbagai cara yang boleh kita lakukan dalam mengawal stres. Stres boleh
dikawal secara sendiri atau pun melalui bantuan ahli keluarga atau rakan-rakan.
Seseorang
yang mengalami stres boleh mengurangkan stres yang dialami dengan segera dengan
cara mengamalkan kaedah 10B
Kaedah
10B ini adalah:
- Bertenang
- Bernafas
dengan dalam
- Berkata
`rilakslah’/ tak mengapa
- Beribadat
- Bercakap
dengan seseorang
- Berurut
- Berehat
dan mendengar muzik
- Beriadah
- Bersenam
- Berfikiran
positif
- Bertenang
Setiap
kali anda berasa stress atau berasa ketegangan, bawalah bertenang. Dengan
bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat
permulaan.
- Bernafas
dengan dalam
Lakukan
latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon
dioksida dalam sel tubuh bagi
mengurangkan ketegangan.
- Berkata ` Relakslah’
Cuba
katakan pada diri sendiri, saya ni stres, ‘Relakslah’, Tak mengapa atau Tak pe
lah, Oklah tu. Bawalah bersabar. Kata-kata ni sedikit sebanyak dapat
menenteramkan perasaan dan mengurangkan stres.
- Beribadat
Sekiranya
anda mengalami tekanan atau stres anda boleh melakukan ibadat seperti berzikir dan sembahyang mengikut
kepercayaan masing-masing. Beribadat
dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang.
- Berkongsi
perasaan dengan seseorang
Bercakaplah
dengan ahli keluarga atau kawan-kawan rapat anda yang anda percayai dan dapat
memahami perasaan anda. Luahkanlah dan kongsi perasaan anda dengan mereka.
Apabila
anda berkongsi perasaan dengan orang lain, anda akan berasa lega dan ini dapat
mengurangkan tekanan yang anda hadapi. Anda akan merasai bahawa masih ada orang
yang sayang dan ambil berat tentang diri anda.
- Berurut
Apabila
anda stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi
tegang. Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan
tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah. Urutan
kaki juga boleh dilakukan untuk mengurangkan stres.
- Berehat
dan mendengar muzik.
Apabila
anda stres berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang lembut. Muzik dapat
membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan mula
relak serta pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat anda berasa tenang. Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan.
- Beriadah.
Luangkan
sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti di luar rumah sama ada bersama
keluarga atau rakan-rakan. Lakukanlah
aktiviti yang anda sukai. Beriadah dapat
menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stres.
- Bersenam.
Bersenam
juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Dengan bersenam ia
dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan dorfin dan anda akan berasa lega dan
tegang. Antara aktiviti senaman yang boleh anda lakukan ialah berjalan dan
bersenam robik.
- Berfikiran
positif.
Stres juga
boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap sesuatu
situasi. Cubalah berfikiran secara positif di mana anda cuba melihat kebaikan
atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif.
Kita
perlu berfikiran positif untuk meningkat harga diri sendiri. Pelajarilah cara
berfikiran positif kerana ia akan dapat membantu kita menangani stres dengan
lebih berkesan.
Dengan
melakukan kaedah 10B, kesan fizikal stres seperti denyutan jantung, perasaan marah,
rasa gelisah, gementar, sakit kepala dan sebagainya yang disebabkan oleh tindak
balas hormon adrenalin terhadap tubuh dapat dikurangkan. Stres mesti ditangani
secara berterusan bagi memastikan kita sihat dari segi fizikal, emosi dan minda
Walau
bagaimanapun, kaedah 10B hanya boleh mengawal stres untuk jangka masa pendek. Punca
stres perlu dikenal pasti dan tindakan susulan perlu diambil untuk mencari
jalan penyelesaian kepada punca stres tersebut. Anda juga boleh mengamalkan
kemahiran daya tindak yang bersesuaian untuk menangani stres anda.
No comments:
Post a Comment