Isi berwarna kuning yang memikat selera |
Siapa yang tidak gemarkan raja buah iaitu
buah 'durian'. Sekarang ni
kalau buka je media sosial dibanjiri dengan gambar buah durian. Pergi ke mana
saja pasti akan dapat lihat gerai menjual buah durian ditepi jalan.
Memang boleh
kempunan kalau tak dapat makan. Ramai yang beranggapan buah durian tidak
boleh diambil dalam kuantiti yang banyak kerana boleh menyebabkan panas
badan. Tapi selain rasanya yang sedap, rupanya ramai yang tak tahu buah
durian juga banyak kebaikannya.
|
1. Menguatkan tulang & gigi
Buah durian mengandungi vitamin B1, B2 dan kadar kalsium yang tinggi.
Komponen-komponen tersebut memperkuatkan tulang dan gigi tentunya menjaga
kesihatan tulang dan gigi anda
2. Awet muda
Buah durian mengandungi sumber vitamin C dan E yang sangat tinggi. Ia
mampu menghaluskan dan mencerah kulit malah melambatkan proses penuaan kulit
wajah.
3. Mencegah tekanan
Buah durian mempunyai kandungan Tryptopan yang berfungsi membentuk melatonin,
serotonin serta niasin yang dapat mencegah stres, kemurungan dan susah tidur
(insomia).
4. Mencegah penyakit anemia
Buah durian mempunyai zat besi tinggi yang dapat merangsang pengeluaran
haemoglobin yang ada didalam darah dan mencegah terjadinya penyakit anemia.
5. Dapat meredakan sakit perut
Durian mempunyai kesan antatacid semula jadi yang dapat meredakn sakit
perut. Kandungan vitamin dan zat lain yang terdapat pada buah durian dapat
menghilangkan rasa sakit pada perut.
6. Mencegah & menghilangkan jerawat
Antioksidan yang terkandung dalam durian dapat melawan bakteria yang
menjadi penyebab punca jerawat.
7. Dapat memperbaiki sistem saraf
Kandungan vitamin B yang cukup tinggi
pada durian membantu untuk memperbaiki sistem saraf. Makanlah buah durian agar
saraf anda tidak mengalami kerosakan.
8. Milk booster
Bagi ibu yang memakan durian ketika
menyusukan bayi akan terasa air susu menjadi banyak. Tapi jangan makan terlebih
pula nanti kerisauan bayi kembung perut.
No comments:
Post a Comment