10 tahun dahulu, aku berkesempatan melaksanakan tugasan syarikat di lautan. FPSO KIKEH, itulah nama tempat yang dituju terletak di perairan Sabah, 120km dari Pulau Labuan. Sememangnya ketahanan mental dan fizikal amat diperlukan untuk memastikan tugasan yang diamanahkan berjalan dengan lancar. Segala syarat ketat keselamatan dan operasi standard ketika berada di sana haruslah dipatuhi.
FPSO (Floating Production Storage and Offloading) adalah
merupakan satu kemudahan sistem tangki terapung (biasanya kapal tangki
yang telah diubah suai) yang digunakan oleh industri minyak dan gas luar
pantai. Ia direka untuk menerima kesemua pengeluaran
minyak atau gas yang dikeluarkan oleh medan minyak atau gas laut dalam, memprosesnya, dan menyimpannya sehingga minyak atau
gas ini boleh dipindahkan kepada kapal tangki atau melalui saluran paip ke
terminal petroleum mentah yang berdekatan. FPSO KIKEH adalah milik dan diuruskan secara usaha sama diantara MISC Berhad dan SBM Offshore Inc. disewakan kepada Murphy Sabah Oil Co. Ltd selama 25 tahun bagi pengurusan pengeluaran dan pemprosesan minyak dari perairan Sabah.
Inilah salah satu coretan penjalanan kerja dibidang minyak dan gas. Sesunguhnya pengalaman bekerja di lautan khususnya di FPSO KIKEH amat meyeronokkan dan pasti tidak akan dapat dilupakan.
Inilah salah satu coretan penjalanan kerja dibidang minyak dan gas. Sesunguhnya pengalaman bekerja di lautan khususnya di FPSO KIKEH amat meyeronokkan dan pasti tidak akan dapat dilupakan.
No comments:
Post a Comment