1. RADIASI
Mengikut kajian, paparan radiasi dari gadget sangat berbahaya bagi kesihatan dan perkembangan anak. Radiasi gadget sangat berisiko mengakibatkan gangguan terhadap perkembangan otak dan sistem imun anak.
2. KETAGIHAN
Pengaruh gadget terhadap anak juga akan menyebabkan mereka ketagihan dan rasa bergantung. Hal ini akan memberi kesan negatif terhadap perkembangan fizikal anak anda. Mereka yang asyik bermain gadget biasanya akan lupa atau kurang berminat untuk makan sehingga kekurangan nutrisi. Ketagihan gadget juga akan menjadikan anak bersifat pendiam dan tidak suka bersosial.
3. MENGHALANG PERKEMBANGAN TUMBESARAN
Kanak-kanak yang terlalu bergantung dengan gadget cenderung mengalami kelewatan dalam proses perkembangannya. Kerana kanak-kanak ini tidak gemar bergerak dan melakukan aktiviti sehingga proses tumbesaran mereka menjadi lambat.
4. PENYAKIT MENTAL
Penggunaan gadget yang tidak terkawal dan berterusan boleh menjadi salah satu punca penyakit mental seperti tekanan, gangguan perasaan dan autism.
5. OBESITI
Kanak-kanak yang terlalu leka bermain gadget sangat berisiko memiliki berat badan yang berlebihan atau obesiti. Kerana mereka sangat kurang bergerak atau mengeluarkan peluh dan membuatkan lemak mereka tidak terbakar dan menjadi punca kenaikkan berat badan secara berlebihan.
6. TIDUR TERGANGGU
Jangan berikan gadget pada anak anda pada waktu malam kerana boleh mengakibatkan waktu tidur mereka terganggu dan membantutkan perkembangan mereka. Bermain game atau menonton video pada waktu malam akan menyegarkan mata mereka sehingga tidak mahu tidur awal.
7. PENGARUH NEGATIF
Kadang-kadang mereka menonton video yang tidak sepatutnya tanpa kita sedari dan ada juga yang menonton aksi ganas seperti pergaduhan dan turut “mempraktikan” aksi itu diluar.
Kita sebagai ibu bapa haruslah bijak dalam mengawal anak-anak kita. Cuba elakkan mendedahkan anak anda terlalu awal kepada gadget. Jangan biarkan rumah anda sunyi tanpa gelak tawa dan tangis mereka kerana satu hari nanti anda pasti akan merinduinya.
Anak yang hebat datangnya dari ibu bapa yang hebat. Jadi buktikan anda memang hebat!
No comments:
Post a Comment