Tanaman hijau adalah satu terapi mata. Menikmati sayur-sayuran segar yang ditanam sendiri sememangnya mendatangkan satu kepuasan berbeza yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Selain segar dan menjimatkan kos, aktiviti kebun dapur dengan menggunakan sebaik mungkin ruang yang ada di rumah mampu mewujudkan suasana mendamaikan terutama ketika memandang tumbuhan hijau yang ditanam.
Isteri saya amat meminati aktiviti bercucuk tanam yang dianggap antara hobi paling menyihatkan. Baginya apabila bercucuk tanam atau membersihkan kawasan kebun dapur dapat mengeluarkan peluh dan ia menyihatkan. Tanaman sendiri juga sangat berkhasiat kerana bebas daripada semburan bahan peracun iaitu seratus peratus organik. Dibawah saya tunjukkan hasil tanaman kecil dibelakang rumah. Ada juga tanaman lain yang tiada diambil gambar seperti daun pandan, serai, kesum, daun kari dan lain-lain.
|
Buah Tin |
|
Ulam Selom untuk awet muda |
|
Daun Sireh baik untuk dalaman wanita |
|
Sawi Pak Choy |
|
Tomato |
|
Kangkung & Bayam Merah |
|
Buah Bidara Apple |
Sebenarnya tanaman sayuran dan herba tidak memerlukan ruang yang banyak maka tiada alasan lah kalau ruang kita terhad. Kita juga boleh menanam dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti botol plastik, tin atau tayar.
No comments:
Post a Comment