Tuesday, July 2, 2019

Khasiat Minyak Zaitun





Minyak zaitun adalah minyak yang diproses daripada buah zaitun atau lebih dikenali dengan bahasa saintifik ialah Olea europaea. Pokok zaitun adalah pokok tradisional dari lembah Mediterranean. Minyak zaitun berasal dari pokok zaitun yang tumbuh lambat, mempunyai batang berkedut dan kelabu ramping dengan cabang pecah-pecah. Pokok zaitun boleh tumbuh sehingga 50 meter di habitat semula jadi mereka dan hidup selama lebih daripada 500 tahun. Buah ini mempunyai bentuk bulat gemuk dengan warna hijau apabila mentah dan berubah menjadi kekuning-kuningan apabila sudah mula masak.
Kajian saintifik membuktikan khasiat minyak zaitun dan ia adalah bahan utama dalam makanan Mediterranean yang terbukti secara saintifik sangat menyihatkan.

Antara sebab utama ianya dianggap satu makanan super (superfoods) adalah kerana kandungan khasiat yang terdapat dalam minyak zaitun. Ianya mengandungi lemak tidak tepu dan juga vitamin semulajadi. Ianya membekalkan khasiat (omega-3, omega-6, vitamin A,D,E,K)  dan juga mengandungi sebatian polifeniols yang bersifat antioksidan, anti-keradangan dan anti-kanser yang memberi manfaat kepada tubuh seperti berikut:

1.    Meningkatkan kolestrol baik (HDL) dan mengawal menurunkan kolestrol jahat (LDL)
2.    Menurunkan gula dalam darah
3.    Membantu menstabilkan sistem hormon (senggugut, keputihan, period tidak teratur)
4.    Melembap dan melembutkan kulit awet muda
5.    Membantu masalah kulit kering (eczema, kegatalan, psoriasis)
6.    Melancarkan tekanan darah
7.    Melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan (sembelit)
8.    Meningkatkan fungsi otak
9.    Menjaga kesihatan jantung
10. Memberi tenaga dan rasa kenyang yang panjang
11. Mengatasi gastrik

Kita boleh mengamalkan minyak zaitun dalam pemakanan seharian sebagai makanan kesihatan atau diambil sebagai suplemen harian untuk membantu mencegah pelbagai penyakit kronik. Niatkan pengambilan minyak zaitun ini sebagai mengikut sunah Rasulullah SAW mudah-mudahan kita mendapat keberkatan, In sya Allah.

No comments:

Post a Comment