Kampung Tualang Padang merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Kuala Lipis, Pahang. Perjalanan dari Ibu Kota mengambil masa sekitar 2-3 jam sahaja. Di sinilah tempat dimana saya dilahirkan pada 36 tahun yang lalu. Kampung ini mungkin kecil pada pandangan orang lain, tetapi pada saya ia amat bermakna kerana banyak memori semasa saya dibesarkan disini.
Majoriti penduduk disini ialah beragama Islam dan berbangsa Melayu. Populasi penduduk tidak melebihi 100 orang. Pendidikan awal penduduk kampung ialah di S.K Chat. Selepas itu kebanyakkan mereka berhijrah ke luar kawasan untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi. Sebahagian daripada anak-anak kampung telah menetap di bandar dan bekerja di sana dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Hanya sebahagian daripada mereka yang bekerja di kampung seperti berkebun, menoreh getah, menguruskan ladang kelapa sawit dan melakukan perniagaan 'IKS'.
Salah satu produk IKS yang terkenal di Kampung Tualang Padang ialah 'Gula Kabung'. Pembuatan gula kabung memang merumitkan tetapi rasanya amat istimewa. Gula kabung diperbuat daripada air nira atau tuak pokok kabung. Kegunaan utama gula kabung adalah sebagai bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan dan juga minuman.
Sumber Google: Gula kabung yang baru dimasak dan dimasukkan kedalam acuan. |
No comments:
Post a Comment