Demi meningkatkan kesedaran dan kemahiran rakyat Malaysia tentang amalan makan secara sihat dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menganjurkan Pinggan Sihat Malaysia bertunjangan tema “Suku-Suku Separuh”. Majlis Pelancaran Kempen “Suku-Suku Separuh” telah dilancarkan pada 7 Ogos 2017 di SK Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Konsep “Suku-Suku Separuh” adalah sungguh senang difahami, yakni suku bahagian pinggan diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi atau roti, suku pinggan lagi diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging dan kekacang manakala separuh pinggan lagi diisi dengan buah dan sayur. Dengan mengamalkan konsep ini, seseorang dapat mengelakkan masalah obesiti yang akan membawa pelbagai penyakit tidak berjangkit yang semakin menular dalam kalangan Rakyat Malaysia.
Diharap semua lapisan masyarakat dapat menyahut konsep “Suku-suku Separuh” yang diwar-warkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan mempraktikkan konsep ini dalam amalan harian.
No comments:
Post a Comment