Sudah menjadi rutin setiap hujung minggu anak aku akan pergi latihan bola sepak. Tahun ini dia berlatih bola sepak di bawah naungan AKADEMI TUNAS BOLASEPAK FELDA yang terletak di Institut Semarak FELDA. Dari kecil lagi memang dia minat bermain bola sepak, menonton bola sepak dan mengikut aku menonton pertandingan bola sepak di stadium. Bak kata peribahasa 'melentur buluh dari rebungnya' kerana mana tahu suatu hari anak aku akan menjadi 'Messi' Malaysia.
Pose dulu sebelum berlatih |
Sedang berlatih bersama coach |
Tujuan aku menghantar dia berlatih bola sepak kerana untuk memberi keyakinan pada dirinya. Sekiranya dia membangunkan ketahanan fizikal dan kekuatan, dia juga boleh membina keyakinan diri. Dengan keyakinan diri yang tinggi, dia boleh melakukan persahabatan yang baik dalam kehidupan keluarga dan sekolah. Selain itu dengan bermain bola sepak dapat menguatkan otot dan tulang. Apabila badan cergas otak pun boleh menjadi cerdas. Bola sepak juga boleh bermain di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Kerana ia tidak mahal atau mahal dan tidak perlu memenuhi syarat. Malah, ini adalah permainan yang cukup mudah.
No comments:
Post a Comment