Dalam ajaran agama Islam, seseorang ibu yang sudah melahirkan anak dan kemudiannya baru sahaja menimang cahaya mata adalah amat disarankan untuk menyambut kelahiran bayi baharunya. Namun begitu, tidak banyak perbezaan dalam melaksanakan adab menyambut kelahiran bayi dalam Islam sesuai dengan sifat agama Islam itu yang mudah dan praktikal. Panggilan bagi menyambut anak lelaki adalah disebut "Salamun Zakrun" yang bererti: Salam sejahtera anak lelaki.Manakala panggilan untuk menyambut anak perempuan adalah disebut sebagai "Salamun An-Nisaa" yang bererti: Salam sejahtera anak perempuan.
|
Kelahiran cahaya mata yang ke-4 pada 25 Nov 2018 |
|
Alhamdulillah, syukur kepada Allah |
- Membersihkan & dimandikan bayi itu dengan betul dan baik agar posisi anak itu bersih dan sihat.
- Sunat untuk diazankan di telinga kanan bayi lelaki dan perempuan yang masih bayi sesudah kelahirannya.Dan juga disunatkan untuk diiqamatkan di telinga kiri bayi lelaki dan perempuan yang masih bayi sesudah kelahirannya.
- Sunat 'Tahnik' atau belah mulut yang dilakukan selepas anak dilahirkan. Tahnik ialah mengunyah buah kurma selalunya diletakkan sedikit pada lidah bayi yang baru dilahirkan. Selain daripada Kurma, manisan lain seperti titisan madu, nira nipah atau kelapa juga boleh digunakan.
- Sunat menamakan anak yang baru dilahirkan dengan dengan nama-nama yang baik dalam masa 7 hari selepas kelahiran.
- Mencukur rambut Ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahiranya, kemudian rambut itu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin, jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya.
- Sunat "Aqiqah" bagi anak baru lahir. Aqiqah yang membawa maksud penyembelihan binatang ternakan seperti lembu, kerbau, ataupun kambing yang dilakukan selepas kelahiran bayi. Lebih afdhal dilakukan pada hari ketujuh sebagai tanda kesyukuran kepada Allah Taala.
- Berkhatan dimana tujan berkhatan adalah untuk menjaga kesucian zahir dan batin umat manusia selain untuk menguatkan minda dan badan dan mencantikkan paras rupa dan wajah.
No comments:
Post a Comment